ZIARAH DALAM MASJIDIL NABAWI - RAUDHAH PART 1
Apabila kita menziarahi Kota Madinah Al Munawwarah, ianya tidak lengkap jika kita tidak menziarahi dan beribadah di Masjidil Nabawi, serta mengunjungi Maqam Baginda Nabi S.A.W. Hukum menziarahi Maqam Nabi S.A.W ini adalah sunat. Kenapa kita perlu mengunjungi Masjidil Nabawi? Masjidil Nabawi adalah merupakan masjid kedua yang dibina oleh Baginda Rasulullah S.A.W pada permulaan Hijrah Baginda S.A.W ke Madinah, iaitu selepas Masjid Quba' (juga di Madinah, jaraknya < 3km dari Masjidil Nabawi.). Di Masjidil Nabawi ini jugalah terdapat maqam Baginda Nabi S.A.W. Oleh itu, menziarahi Masjidil Nabawi bermakna kita juga menziarahi Nabi S.A.W. Tambahan pula, Nabi S.A.W bersabda " Solat di Masjidku (Masjidil Nabawi) ini adalah lebih utama (afdal) 1,000 kali daripada solat di tempat lain, kecuali di Masjidil Haram ". [Hadis Riwayat Bukhari; Sahih Bukhari no. 1190] . Selain itu, di Masjidil Nabawi terdapat satu tempat yang dinamakan ' Raudhah ', iaitu salah satu te