Posts

Showing posts from November, 2017

ISU SEMASA : BERKAITAN MIQAT DAN SOLAT FARDHU SELEPAS TAWAF WADA'

Image
ISU BERKAITAN TEMPAT MIQAT : Jemaah Umrah dari Asia Tenggara termasuk negara kita, Malaysia, bermiqat Ihram Umrah di Qarnul Manazil jika penerbangan mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, Saudi dan kemudiannya terus ke Mekah Mukarramah. Ianya antara satu daripada lima (5) tempat bermiqat atau Miqat Makani yang jaraknya melebihi dua (2) marhalah (iaitu lebih kurang 92 kilometer) dari Kota Mekah. (Tempat Bermiqat @ Miqat Makani) Namun, sejak kebelakangan ini, ramai jemaah dari Tanahair kita, Malaysia menaiki kapal terbang yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah Munawwarah . Cthnya, Jemaah Umrah Malaysia yang menaiki penerbangan Sewa Khas Malaysia Airlines akan mendarat di Madinah dan pulang juga dari Madinah. Atas sebab ini, ada Agensi-agensi Umrah yang terpaksa mengambil langkah menetapkan jemaah mereka tinggal di Madinah sebanyak dua (2) kali, iaitu samada beberapa malam pada permulaan Trip Ziarah Umrah jemaah tersebut dan satu (1) malam apabi

ISU SEMASA : KERJA BAIK-PULIH TELAGA ZAM-ZAM DI MASJIDIL HARAM UNTUK TAHUN 1439H

Image
(Dataran Kaa'bah Asal yg. dipenuhi dengan mereka yg. bertawaf)  Masjidil Haram @ lebih dikenali sebagai Baitullah adalah Masjid yang paling sibuk sekali di dunia. Setiap detik, ada sahaja Hamba Allah yang beribadah di situ, samada dengan mengerjakan solat, tawaf, membaca alquran, berzikir, menghadiri majlis ilmu dll. Dataran Kaa'bah di Masjidil Haram pula akan sentiasa dibanjiri dengan hamba-hamba Allah yang bertawaf, bersolat dan melakukan pelbagai ibadah sunat yang lain seperti berdoa di Multazam dan mencium Hajaral Aswad. Amalan-amalan ini termasuk bertawaf, hanya akan dihentikan seketika apabila Solat Fardhu 5 waktu ditunaikan . Apabila selesai solat fardhu, maka Dataran Kaa'bah akan dipenuhi semula dengan orang ramai yang melakukan tawaf samada Tawaf Rukun @ Ifadah (Tawaf Umrah), Tawaf Sunat, Tawaf Nazar dll. Ini berlaku tanpa henti setiap hari. (Dataran Kaa'bah yg digunakan untuk bertawaf dikecilkan sehingga Ramadhan 1439H) PENAMBAH-BAIKAN TEL

ZIARAH DALAM MASJIDIL NABAWI - RAUDHAH PART 2

Image
[Kubah Hijau Masjidil Nabawi di mana di bawahnya terdapat Maqam Nabi S.A.W & 2 Sahabat Baginda iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a dan Saidina Umar Al Khatab r.a] Di Bahagian 1 Blog ini, diterangkan mengenai Masjidil Nabawi dan Raudhah (Taman-taman Syurga). Bahagian kedua ini adalah sambungan penulisan tersebut. PERLUASAN MASJIDIL NABAWI Masjidil Nabawi telah diperluaskan beberapa kali [nota: Sembilan (9) kali mengikut Dr Muhammad Ilyas Abdul Ghani di dalam Bukunya Sejarah Bergambar Madinah Munawwarah] termasuk tiga (3) kali semasa di Zaman Nabi S.A.W dan Khulafa' Ar Rashidin. Mengikut Sejarah, Baginda Nabi S.A.W pernah membesarkan Masjidil Nabawi hanya sekali iaitu pada tahun 7H (Hijrah) , kemudiannya diperluaskan lagi oleh dua (2) Khulafa' Ar Rashidin sebanyak dua (2) kali, iaitu sekali oleh Saidina Umar Al Khatab r.a pada tahun ke 17H, dan sekali juga oleh Saidina Usman Ibnu Affan r.a pada tahun 29H. Walaupun Masjidil Nabawi diperluaskan, saiz Raudhah mas