ISU SEMASA : BERKAITAN MIQAT DAN SOLAT FARDHU SELEPAS TAWAF WADA'
ISU BERKAITAN TEMPAT MIQAT :
Jemaah Umrah dari Asia Tenggara termasuk negara kita, Malaysia, bermiqat Ihram Umrah di Qarnul Manazil jika penerbangan mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, Saudi dan kemudiannya terus ke Mekah Mukarramah. Ianya antara satu daripada lima (5) tempat bermiqat atau Miqat Makani yang jaraknya melebihi dua (2) marhalah (iaitu lebih kurang 92 kilometer) dari Kota Mekah.
(Tempat Bermiqat @ Miqat Makani) |
Namun, sejak kebelakangan ini, ramai jemaah dari Tanahair kita, Malaysia menaiki kapal terbang yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah Munawwarah. Cthnya, Jemaah Umrah Malaysia yang menaiki penerbangan Sewa Khas Malaysia Airlines akan mendarat di Madinah dan pulang juga dari Madinah. Atas sebab ini, ada Agensi-agensi Umrah yang terpaksa mengambil langkah menetapkan jemaah mereka tinggal di Madinah sebanyak dua (2) kali, iaitu samada beberapa malam pada permulaan Trip Ziarah Umrah jemaah tersebut dan satu (1) malam apabila untuk berangkat pulang dari Madinah, atau sebaliknya ('vice-versa'). Akibatnya, jumlah hari untuk jemaah mereka tinggal di Mekah terpaksa dikurangkan.
Sementara itu, ada juga Agensi-agensi Umrah yang terus membawa jemaah mereka yang baru sampai di Lapangan Terbang Madinah terus ke Mekah. Agensi-agensi ini mengambil langkah sedemikian atau Cara kedua ini bagi memastikan jemaah mereka hanya tinggal di Madinah sekali sahaja, tanpa mengurangkan jumlah hari jemaah tinggal di Mekah sepanjang Trip Ziarah Umrah mereka.
Persoalannya, di manakah tempat bermiqat bagi jemaah yang Agensi mereka memilih cara kedua ini? Adakah tempat bermiqat mereka masih lagi di Qarnul Manazil atau Bir Ali (yang juga dikenali sebagai Dzul Hulaifah)?
Walaupun jemaah Umrah bagi Agensi-agensi yang mengambil langkah cara kedua tersebut (iaitu terus ke Mekah setelah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah) boleh bermiqat di Qarnul Manazil, sebenarnya ianya adalah lebih afdal sekiranya jemaah tersebut bermiqat ihram umrah di Bir Ali @ Dzul Hulaifah. Ianya berdasarkan prinsip "Permudahkan, Jangan Menyusahkan" yang bersandarkan kepada nas-nas atau dalil-dalil berikut:
(Sebahagian Ayat Al Quran : Ayat 185 Surah Al Baqarah) |
(a) Ayat Al Quran : Surah Al Baqarah Ayat 185 yang maknanya "Allah menghendaki bagi kamu kemudahan dan tidak Dia (Allah) menghendaki bagi kamu kesukaran".
(b) Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim r.h. dari Anas Bin Malik r.a yang bermaksud "Permudahkan dan jangan kamu semua menyusahkan".
Berdasarkan nas-nas atau dalil-dalil ini, bolehlah disimpulkan bahawa Islam tidak menginginkan kesukaran untuk penganutnya. Sebaliknya mereka disuruh melakukan tanggungjawab mengikut kemampuan mereka dengan berpandukan hukum-hukum Syarak. Jika dari segi syarak ada pilihan yang lebih mudah dan ringan, ambillah yang ringan tersebut kerana ianya sebahagian daripada tujuan Syarak (Memudahkan dan Bukannya Menyusahkan.). Allahu 'alam.
ISU SOLAT FARDHU SELEPAS TAWAF WADA':
Baru-baru ini, penulis telah dikemukan dengan satu soalan berkaitan solat fardhu selepas Tawaf Wada' di Masjidil Haram samada ianya boleh dijamakkan (dihimpunkan), termasuk diqasarkan (dipendekkan) atau tidak boleh. Isu ini sebenarnya berkaitan dengan Uruf Wada' iaitu masa jemaah menunggu di Kota Mekah setelah selesai Tawaf Wada' dan masa mereka berangkat meninggalkannya. Rata-rata bagi Mazhab Shafie dan berdasarkan Majlis Fatwa Haji Kebangsaan, Uruf Wada' ini adalah lebih kurang 5 jam dari masa selesainya jemaah melakukan Tawaf Wada'.
Selain itu, ianya juga bergantung kepada masa jemaah berangkat meninggalkan Kota Mekah dan juga masa penerbangan Jemaah akan berlepas terutamanya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah (LTAJ).
Kebelakangan ini, penerbangan dari LTAJ banyak berlaku antara jam 3 hingga 5 pagi. Oleh yang demikian, jemaah Umrah bolehlah meninggalkan Kota Mekah selewat-lewatnya jam 10 malam. Jika inilah keputusan yang diambil oleh Agensi-agensi Umrah, ianya bermakna jemaah bolehlah memastikan bahawa Tawaf Wada' mereka selesai pada jam 5 petang (Nota : Bagi mematuhi Uruf Wada'). Ini bermakna jemaah Umrah masih ada dua (2) solat fardhu yang perlu dilakukan di Kota Mekah iaitu Solat Fardhu Maghrib (dalam jam 6-7 petang) dan Isyak (dalam 7 - 8 malam). Persoalannya, Bolehkah Jemaah menghimpunkan (jamakkan) kedua-dua solat fardhu tersebut?
Memandangkan jemaah masih berada di Mekah ketika masuknya waktu Solat Fardhu Isyak, Penulis lebih berpegang kepada hukum bahawa kedua-dua solat fardhu tersebut perlulah dilakukan berasingan mengikut waktunya (maksudnya tidak boleh dihimpun/jamakkan).
Persoalan yang kedua ialah : Oleh kerana jemaah telah selesai Tawaf Wada' sebelum masuk waktu kedua-dua Solat tersebut, di manakah tempat yang paling sesuai untuk jemaah melakukan kedua-dua Solat tersebut?
Jemaah dinasihatkan untuk menunaikan solat-solat tersebut secara berjemaah di Dataran Luar Masjidil Haram dengan berimamkan kepada Imam Masjidil Haram (kerana jemaah telah selesai Tawaf Wada'.). Insya Allah, dengan cara ini, jemaah benar-benar memaksimumkan ganjaran bagi solat-solat tersebut. Allahu 'alam.
Nota Terima Kasih Kpd : Al Fadil Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar, Pendakwah Bebas dan juga Pembimbing Haji Tabung Haji Malaysia, di atas perkongsian Hukum-hakam Isu-isu ini. Beliau juga antara salah seorang peserta Muzakarah Majlis Fatwa Haji Kebangsaan.
Persoalan yang kedua ialah : Oleh kerana jemaah telah selesai Tawaf Wada' sebelum masuk waktu kedua-dua Solat tersebut, di manakah tempat yang paling sesuai untuk jemaah melakukan kedua-dua Solat tersebut?
Jemaah dinasihatkan untuk menunaikan solat-solat tersebut secara berjemaah di Dataran Luar Masjidil Haram dengan berimamkan kepada Imam Masjidil Haram (kerana jemaah telah selesai Tawaf Wada'.). Insya Allah, dengan cara ini, jemaah benar-benar memaksimumkan ganjaran bagi solat-solat tersebut. Allahu 'alam.
Nota Terima Kasih Kpd : Al Fadil Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar, Pendakwah Bebas dan juga Pembimbing Haji Tabung Haji Malaysia, di atas perkongsian Hukum-hakam Isu-isu ini. Beliau juga antara salah seorang peserta Muzakarah Majlis Fatwa Haji Kebangsaan.
Comments
Post a Comment