PENGALAMAN SAHABATKU - Selalu Ke Haramain.

(Dataran Masjidil Haram & Kaabah) 
Sebenarnya aku sangat mencemburui "S" di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya, terutamanya berkaitan kekerapan "S" dan keluarganya mengunjungi Haramain. Atas sebab itu, aku amat terpanggil untuk berkongsi mengenai pengalaman sahabat & teman karibku ini.

"S" ini adalah orang biasa-biasa aje. Dilahirkan & dibesarkan di dalam keluarga kebanyakan ("Working Class"), "S"dikira seorang yang berjaya sehingga kerap ke luar negara termasuklah ke Haramain. Dia mula berjinak dengan Haramain sejak awal tahun 2004.   


Sejak dari 2004, beliau hampir setiap tahun mengunjungi Haramain. Adakalanya sampai berkali-kali dalam setahun. Dahlah tu.....pelbagai musim pulak "S" nih dapat ziarah Haramain; Musim Sejuk, Musim Panas, Musim Baru Lepas Haji (yakni Jemaah amat sedikit), dan Musim Ramadhan. Umrah Ramadhan sahaja, jika saya tak silap, "S" dah tunaikan lebih daripada 5 kali (yakni 5 Ramadhan di Haramain). Hajipun, mengikut "S", beliau telah tunaikan bersama isterinya. Dahlah tu, dapat cium Hajaral Aswad berkali-kali. Duduk dalam Raudhah berjam-jam. Bila dengar cerita beliau pasal nih, terasa cemburu betul dengan "S" nih. Malah meluap-luap nak tahu apakah amalan-amalannya yang menyebabkan beliau dikurniakan rezqi yang kerap ke Haramain sebagai TetamuNYA.

Baru-baru nih, saya dapat bertanyakan kepada "S" apakah "tips" yang boleh beliau kongsikan agar saya mahupun orang lain dapat kerap berkunjung ke Haramain. Nak tanya soalan "direct" apakah amalan beliau.....saya khuatir "S" tak mahu kongsi.....sebab "S" nih boleh dikira "private" orangnya. Alhamdulillah, bila tanya minta kongsikan "tips" tu, beliau bersetuju tanpa sebarang dalih.

Di sini, saya kongsikan "TIPS"nya:-

  1. Kata "S", gunakan senjata senyap yang ada pada setiap orang Islam iaitu BERDOA. Banyakkan doa kepada Allah S.W.T supaya kita dikurniakan rezqi untuk selalu berkunjung & beribadah di Haramain. Sebabnya Allah S.W.T lah yang mengurniakan rezqi kita.
  2. Bila buat Tawaf, pada Tawaf pusingan yang terakhir (pusingan 7), "S" kata pohon kepada Illahi jangan jadikan Tawaf tersebut Tawaf yang terakhir untuk kita (yang bertawaf).
  3. Kata "S" lagi, jika ada peluang berdoa di Multazam dan juga di Hijir Ismail, pohon perkara yang sama iaitu dikurniakan Rezqi dan dipermudahkanNYA untuk selalu berkunjung ke Haramain. 
  4. Di Masjidil Nabawi iaitu di Raudhah,berdoalah juga mohon perkara yang sama seperti di (3). 
  5. "S" kata....jangan kedekut. Doakan juga untuk orang lain terutamanya Ibubapa, Pasangan, Anak-pinak, Adik-Beradik, Saudara-Mara agar mereka juga menjadi tetamuNYA.

Inilah kisah ringkas sahabat-karibku, "S". Jazakallahuhair "S" kerana sudi berkongsi.


Comments

Popular posts from this blog

ZIARAH DALAM MASJIDIL NABAWI - RAUDHAH PART 1

ZIARAH DALAM MASJIDIL NABAWI - RAUDHAH PART 2

ISU SEMASA : BERKAITAN MIQAT DAN SOLAT FARDHU SELEPAS TAWAF WADA'