Posts

ISU SEMASA : BERKAITAN MIQAT DAN SOLAT FARDHU SELEPAS TAWAF WADA'

Image
ISU BERKAITAN TEMPAT MIQAT : Jemaah Umrah dari Asia Tenggara termasuk negara kita, Malaysia, bermiqat Ihram Umrah di Qarnul Manazil jika penerbangan mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, Saudi dan kemudiannya terus ke Mekah Mukarramah. Ianya antara satu daripada lima (5) tempat bermiqat atau Miqat Makani yang jaraknya melebihi dua (2) marhalah (iaitu lebih kurang 92 kilometer) dari Kota Mekah. (Tempat Bermiqat @ Miqat Makani) Namun, sejak kebelakangan ini, ramai jemaah dari Tanahair kita, Malaysia menaiki kapal terbang yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah Munawwarah . Cthnya, Jemaah Umrah Malaysia yang menaiki penerbangan Sewa Khas Malaysia Airlines akan mendarat di Madinah dan pulang juga dari Madinah. Atas sebab ini, ada Agensi-agensi Umrah yang terpaksa mengambil langkah menetapkan jemaah mereka tinggal di Madinah sebanyak dua (2) kali, iaitu samada beberapa malam pada permulaan Trip Ziarah Umrah jemaah tersebut dan satu (1) malam apabi

ISU SEMASA : KERJA BAIK-PULIH TELAGA ZAM-ZAM DI MASJIDIL HARAM UNTUK TAHUN 1439H

Image
(Dataran Kaa'bah Asal yg. dipenuhi dengan mereka yg. bertawaf)  Masjidil Haram @ lebih dikenali sebagai Baitullah adalah Masjid yang paling sibuk sekali di dunia. Setiap detik, ada sahaja Hamba Allah yang beribadah di situ, samada dengan mengerjakan solat, tawaf, membaca alquran, berzikir, menghadiri majlis ilmu dll. Dataran Kaa'bah di Masjidil Haram pula akan sentiasa dibanjiri dengan hamba-hamba Allah yang bertawaf, bersolat dan melakukan pelbagai ibadah sunat yang lain seperti berdoa di Multazam dan mencium Hajaral Aswad. Amalan-amalan ini termasuk bertawaf, hanya akan dihentikan seketika apabila Solat Fardhu 5 waktu ditunaikan . Apabila selesai solat fardhu, maka Dataran Kaa'bah akan dipenuhi semula dengan orang ramai yang melakukan tawaf samada Tawaf Rukun @ Ifadah (Tawaf Umrah), Tawaf Sunat, Tawaf Nazar dll. Ini berlaku tanpa henti setiap hari. (Dataran Kaa'bah yg digunakan untuk bertawaf dikecilkan sehingga Ramadhan 1439H) PENAMBAH-BAIKAN TEL

ZIARAH DALAM MASJIDIL NABAWI - RAUDHAH PART 2

Image
[Kubah Hijau Masjidil Nabawi di mana di bawahnya terdapat Maqam Nabi S.A.W & 2 Sahabat Baginda iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a dan Saidina Umar Al Khatab r.a] Di Bahagian 1 Blog ini, diterangkan mengenai Masjidil Nabawi dan Raudhah (Taman-taman Syurga). Bahagian kedua ini adalah sambungan penulisan tersebut. PERLUASAN MASJIDIL NABAWI Masjidil Nabawi telah diperluaskan beberapa kali [nota: Sembilan (9) kali mengikut Dr Muhammad Ilyas Abdul Ghani di dalam Bukunya Sejarah Bergambar Madinah Munawwarah] termasuk tiga (3) kali semasa di Zaman Nabi S.A.W dan Khulafa' Ar Rashidin. Mengikut Sejarah, Baginda Nabi S.A.W pernah membesarkan Masjidil Nabawi hanya sekali iaitu pada tahun 7H (Hijrah) , kemudiannya diperluaskan lagi oleh dua (2) Khulafa' Ar Rashidin sebanyak dua (2) kali, iaitu sekali oleh Saidina Umar Al Khatab r.a pada tahun ke 17H, dan sekali juga oleh Saidina Usman Ibnu Affan r.a pada tahun 29H. Walaupun Masjidil Nabawi diperluaskan, saiz Raudhah mas

ZIARAH DALAM MASJIDIL NABAWI - RAUDHAH PART 1

Image
Apabila kita menziarahi Kota Madinah Al Munawwarah, ianya tidak lengkap jika kita tidak menziarahi dan beribadah di Masjidil Nabawi, serta mengunjungi Maqam Baginda Nabi S.A.W. Hukum menziarahi Maqam Nabi S.A.W ini adalah sunat. Kenapa kita perlu mengunjungi Masjidil Nabawi? Masjidil Nabawi adalah merupakan masjid kedua yang dibina oleh Baginda Rasulullah S.A.W  pada permulaan Hijrah Baginda S.A.W ke Madinah, iaitu selepas Masjid Quba' (juga di Madinah, jaraknya < 3km dari Masjidil Nabawi.). Di Masjidil Nabawi ini jugalah terdapat maqam Baginda Nabi S.A.W. Oleh itu, menziarahi Masjidil Nabawi bermakna kita juga menziarahi Nabi S.A.W. Tambahan pula, Nabi S.A.W bersabda " Solat di Masjidku (Masjidil Nabawi) ini adalah lebih utama (afdal) 1,000 kali daripada solat di tempat lain, kecuali di Masjidil Haram ". [Hadis Riwayat Bukhari; Sahih Bukhari no. 1190] . Selain itu, di Masjidil Nabawi terdapat satu tempat yang dinamakan ' Raudhah ', iaitu salah satu te

UMRAH - BAGAIMANA MEMILIH AGENSI UMRAH?

Image
(Harga? Agensi Boleh Dipercayai? Jarak Hotel? DLL?) Apabila kita mula terpanggil untuk mengerjakan Umrah atau menjadi Tetamu Allah (DuyufurRahman), ramai antara kita mulalah berada dalam 'dilema' untuk memilih Travel Agensi Umrah yang sesuai. Soalan-soalan seperti Bolehkah Agensi itu dipercayai ("Sekuriti")?, Berapa Harga Pakejnya?, Jarak Hotel dari Masjidil Haram?, dan pelbagai soalan lain mulalah bermain di benak kepala kita. Dengan adanya Lesen Khas Umrah (LKU) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perlancongan & Kebudayaan Malaysia (KPK) baru-baru ini (mulai 1 Oktober 2017), persoalan tentang sekuriti ataupun 'Bolehkah Travel Agensi itu dipercayai?' bukanlah lagi satu soalan utama dalam pemilihan Travel Agensi Umrah . Ini bermakna bakal-bakal jemaah umrah @ DuyufurRahman hanya perlu memastikan bahawa Travel Agensi yang dipilih mempunyai LKU tersebut. Sehingga artikel blog ini ditulis, KPK telah mengeluarkan LKU untuk sejumlah 106 (Seratus Enam)

PENGALAMAN SAHABATKU - Selalu Ke Haramain.

Image
(Dataran Masjidil Haram & Kaabah)   Sebenarnya aku sangat mencemburui "S" di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya, terutamanya berkaitan kekerapan "S" dan keluarganya mengunjungi Haramain. Atas sebab itu, aku amat terpanggil untuk berkongsi mengenai pengalaman sahabat & teman karibku ini. "S" ini adalah orang biasa-biasa aje. Dilahirkan & dibesarkan di dalam keluarga kebanyakan ("Working Class"), "S"dikira seorang yang berjaya sehingga kerap ke luar negara termasuklah ke Haramain. Dia mula berjinak dengan Haramain sejak awal tahun 2004.    Sejak dari 2004, beliau hampir setiap tahun mengunjungi Haramain. Adakalanya sampai berkali-kali dalam setahun. Dahlah tu.....pelbagai musim pulak "S" nih dapat ziarah Haramain; Musim Sejuk, Musim Panas, Musim Baru Lepas Haji (yakni Jemaah amat sedikit), dan Musim Ramadhan. Umrah Ramadhan sahaja, jika saya tak silap, "S" dah tunaikan le